KESEDARAN KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA
Malaysia
mempunyai lebih dari 27 juta penduduk pada tahun 2008. Rakyat dinegara kita ini
terdiri daripada lebih dari 200 etnik. Diantara kumpulan terbesar terdiri dari
Melayu, Cina , India, Kadazan-Dusun, Banjar, Iban dan lain-lain lagi.
Kepelbagaian
sosio-budaya Malaysia boleh ditinjau dari segi bangsa, struktur masyarakat atau
kelas sosial, kepercayaan, bahasa, adat resam dan jantina.
Bangsa
Menurut
Kamus Dewan (1999), bangsa merupakan sekumpulan orang yang mempunyai ciri-ciri
kebudayaan, nilai dan aspirasi yang sama. Kamus Pelajar (1993) pula memberi
takrifan bangsa sebagai kumpulan manusia yang sama usulnya serta serupa
sifatnya.
Bangsa
merupakan suatu kelompok manusia yang dianggap memiliki identiti bersama, yang
bersatu pada satu wilayah dan mempunyai keterikatan dengan wilayah tersebut.
Contohnya, Melayu, Cina dan India di Malaysia yang hidup bersama sejak dahulu
dan telah membentuk identiti Malaysia yang ada kini.
Bangsa
juga merujuk kepada nilai sosial seperti bekerjasama, toleransi,
hormat-menghormati, setiakawan, dedikasi, persahabatan, perkongsian, kesabaran
dan kegigihan yang boleh dipupuk dalam kalangan murid untuk mencorakkan suasana
bilik darjah yang sihat dan dinamik.
Melayu
merujuk kepada mereka yang bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat resam
orang Melayu. Perkataan Melayu mungkin berasal daripada nama sebuah anak sungai
yang bernama Sungai Melayu di hulu Sungai Batang Hari, Sumatera. Di sana
letaknya "Kerajaan Melayu" sekitar 1500 tahun dahulu sebelum atau
semasa adanya Kerajaan Srivijaya. Sehubungan itu, dari segi etimologi,
perkataan "Melayu" itu dikatakan berasal daripada perkataan Sanskrit
"Malaya" yang bermaksud "bukit" ataupun tanah tinggi. Ada
juga sumber sejarah yang mengatakan bahawa perkataan "Melayu" berasal
dari "Sungai Melayu" di Jambi.
Istilah
"Melayu" ditakrifkan oleh UNESCO pada tahun 1972 sebagai suku bangsa
Melayu di Semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, dan Madagaskar.
Bagaimanapun menurut Perlembagaan Malaysia, istilah "Melayu" hanya
merujuk kepada seseorang yang berketurunan Melayu yang menganut agama Islam.
Dengan kata yang lain, bukan semua orang yang berketurunan daripada nenek moyang
Melayu adalah orang Melayu.
Istilah
"Melayu" untuk merujuk kepada nama bangsa atau bahasa adalah suatu
perkembangan yang agak baru dari segi sejarah, iaitu setelah adanya Kesultanan
Melayu Melaka.Walaupun demikian, tidaklah sehingga abad ke-17 bahawa istilah
"Melayu" yang merujuk kepada bangsa semakin digunakan secara meluas.
Sebelum itu, istilah "Melayu" hanya merujuk kepada keturunan raja
Melayu dari Sumatera sahaja.
Penakrifan
orang Melayu merupakan satu pekerjaan yang sukar. Sekiranya menurut penakrifan
orang Melayu sebagai orang yang bertutur dalam Bahasa Melayu, penakrifan ini
merangkumi kebanyakan orang di Malaysia, Indonesia, dan sebahagian dari negeri
Thai dan Filipina. Tetapi, apa yang menjadi masalahnya, di Indonesia, orang
Melayu hanya merupakan salah satu daripada beratus-ratus kaum/suku di negara
itu. Lebih-lebih lagi, warga Indonesia lebih suka mengenali diri mereka sebagai
orang Indonesia dan mengenali bahasa mereka sebagai bahasa Indonesia. Walaupun
demikian, secara amnya terdapat dua jenis penakrifan untuk menentukan sama ada
seseorang itu orang Melayu. Iaitu:
Penakrifan
undang-undang
Penakrifan
antropologi
Penakrifan
undang-undang
Di negara Malaysia, orang Melayu
didefinisikan menurut perlembagaan dalam pekara 160(2). Menurut perkara ini,
orang Melayu ditakrifkan sebagai
1.
Seorang yang beragama Islam
2.
Bertutur bahasa Melayu
3.
Mengamalkan adat istiadat Melayu
4.
Lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) atau
di Singapura atau pada hari merdeka, dia bermastautin di Persekutuan atau di
Singapura.
No comments:
Post a Comment