https://youtu.be/ZxZFsaTMN04

Sunday, 27 September 2015

Nota Ringkas

BAB 1: BUDAYA DAN KEPELBAGAIAN KELOMPOK
Pengenalan
Pengertian budaya:
·         Am: budaya = cara hidup manusia.
·         Satu proses pkembngan sahsiah, akal, semangat & usaha mnusia dlm ssuatu kelompok.
·         Etimologi = budi + daya
·         Budi = aspek dlman mnusia yg mliputi akal & nilai
·         Daya = aspek lahiriah mnusia yg meliputi usaha & hasilan.
·         Perspektif sosiologi budaya – sgala hasil & idea yang dkongsi olh ahli2 dlm msyrkt.

Unsur Bdya
·Agama dan upacara keagamaan
·Sistem dan organisasi kemsyrktn
·Sistem pgthuan
·Bahasa
·Kesenian
·Sstem ekonomi
·Sstem teknologi & prltn

Kebudayaan
Hasiln yg dkongsi oleh msyrkt; mnakala msyrkt pula t’diri drp mnusia yg b’interaksi antara satu sama lain, & yg b’kongsi satu kebudayaan.

Konsep perbezaan
·Fikiran/idea = ilmu pgthuan, bhasa, falsafah, kpercyaan, crta2 lisan.
·Kebendaan = seni bina, alat2, pkaian, mknn, ubt2tan, perabot.
·Kesenian = kemahiran (seni lakon teater, tarian, muzik), seni tmpak (ukiran, lukisn, seni phat, tnunan, anyaman)

Ciri-ciri budaya
-       Bdya dperolehi mlalui proses pmbljrn.
-       Bdya mrpakan p’kongsian sua2 msyrkt.
-       Tidak dpt dpshkn drp bahsa (unsur simbolik)
-       B’sift sejagat @universal
-       Boleh dwarisi dr 1 gnerasi ke 1 gnerasi
-       Berubah-ubah ikut msa @ tmpt (baba &nyonya)
-       Ada pndgn smster (world view)
Kesimpulan bdya:
-       Sgala pghasilan msyrkt mnusia dlm pelbagai bntk, sama ada yg dpt dlihat @ x

Komponen budaya

Golongan budaya:
·Material = ciptaan msyrkt yg nyta & konkrit ( peralatan & klgkpan hidup)
·Bukan material = ciptaan abstrak yg dwaris dr 1 gnerasi ke generasi strusnya. (ilmu pngthuan, kpercyaan, adt istiadat, nila2, prturan2)





Unsur utama bdya
-       Simbol @ Lambang > apa shj yg mmpyai makna kpd ahli msyrkt b’kongsi bdya (objek fzikal)
-       Bahasa > unsur2 p’lmbngn @ smbol bdya yg bolehkan ahli msyrkt b’hubg antra 1 sma lain yg gmbrkn pmikrn serta nilai yg diamalkan.
-       Nilai & kepercayaan > mrpkan stndard yg dgnakn utk mnilai keadaan msyrkt. ( Nilai mnjelaskn apa yg sptunya dlkukn & kprcyaan terang apa yg sbnr).
-       Norma > prturan @ ketentuan yg tlah mnjadi kebiasaan yg djngka akn dpatuhi oleh stiap anggota msyrkt.
o    Proskriptif- mggriskan apa yg x bleh dlakukn
o    Preskriptif – apa yg perlu dilakukan.
-       Teknologi > alat @ kaedh yg dignkn dlm khidupn sehrian sesua2 msyrkt.
o    Resam – adat kebiasaan @ prturn yg m’jdi adat
o    Mores – norma yg lbih kuat.

Kepentingan mmahmi konsep bdya kpd guru.
-       B’tnggjwb mmupuk p’paduan dlm klngn mrdnya.
-       Mnerapkn unsur bdya kpd murid.
-       Mrid lbih mengenali bdya yg t’dpt dlm msyrkt.
-       Nilai2 mghormti bdya org lain akn wujd dlm diri murd.
-       Mrka akn lbih fham apa yg bleh dlkukan & apa yg x bleh dlakukn dlm msyrkt.
-       Guru lbih b’sedia utk b’hdpn dgn pljr drp pelbagai bdya
-       Tdak ada sifat prasangka @ prejudis t’hadap diri pljr.
-       Guru akn lbh b’hemah & m’hormati nilai serta amalan bdya setempat.

Pengertian & Konsep Kepelbagaian Kelompok.

Etnik
-       Mrujuk kpd kmpln mnusia yg mngidenfikasikn antra satu sama lain dgn b’lndskn ktrnn & warisan bdaya yg sama.
-       M’punyai rasa kepunyaan t’hdp negara asl, mknn, bhsa, mzik, agama, pkaian, nama keluarga serta adat
-       X punyai organisasi formal
-       Saiz relatif yg terhad
-       Etnisiti – rasa kekitaan sesuatu kumpln etnik
-       Etnosentrisme – sikap @ kepercayaan bhawa bdya sndiri dlh lbih baik & lbih tinggi nilainya drpd kbudyaan kelompok lain.
-       Diskriminasi – pandangan, pemikirn & kpercyaan negatif skelompok etnik yg lain.

Ras
-       Kelompok manusia yg m’punyai persamaan dri segi fizikal.
-       Mempunyai tanda pengenalan kolektif b’asakn ciri-ciri fzikl-biologikal yg nyta sperti warna kulit , warna mata, warna rmbut & dsb.
-       Rasisme individu – kepercayaan bhwa ada ras tertentu yg b’status lbih unggul & ada ras yg b’status lbih rndh.
-       Rasisime tahap  institusi – mlibtkn dsar & pelaksanaan yg b’sift diskriminasi yg akhirnya mwujudkn ketidaksamaan pd individu drp ras yg lain
Minoriti
-       Kmpln pndduk yg d anggp sbgai kumpln yg lbih brendah statusnya & sering d diskriminasikn. Cth : ras & etnik

Masyarakat
-       Kmpln manusia yg b’hubung scra tetap & t’susun dlm mnjlnkn xtvt scra kolektif.
-       Ciri-ciri masyrakat:
o    B’kelompok
o    B’budaya
o    Mengalami perubahan
o    B’interaksi (dlmn & phak luar)

Kelompok
-       Sekumpln manusia yg b’interaksi, saling b’gntung & sling b’gabung utk capai sasarn t’tentu.
-       B’sifat formal ( kelas) & x formal (tonton bola)
-       Kelopok asas (erat)
o    Interaksi b’sekemuka yg b’terusn
o    Identifikasi peribadi yg kuat dgn kelompok
o    Hbungn kemesraan yg erat dlm klngn ahli
o    Hbungn yg pelbagai bentuk
o    Hbungn yg lbih b’kekalan
-       Kelompok sekunder (formal & x libt prasaan)
o    Interaksi b’sekemuka yg terhad
o    Identifikasi peribadi dgn kelompok lemah
o    Pertalian antara ahli kelompok lemah
o    Hbungn antara ahli renggang & terhad
o    Hbungn yg lbih x b’kekalan

Jenis dan Demografi kelompok
-       Bumiputera Melayu > 54% (13.45 juta)
-       Bumiputera bkn Melayu > 11.8 % (2.93 j)
-       Cina > 25% (6.22 juta)
-       India > 7.5% (1.86 juta)
-       Lain-lain > 1.7 % (318.9 ribu)

Kumpulan Etnik
-       Seluruh negara > Melayu, banjar Cina, india, bugis, serani jawa
-       Semenanjung Malaysia > baba & nyonya, portugid Melaka, chetty, siam Malaysia. Minangkabau, orang asli (Negrito, Melayu pruto & senoi)
-       Serawak > Iban, Melanau, Bidayuh, bisaya , bukitan ……
-       Sabah > Kadazan-Dusun, Bajau, Murut ….


BAB 2 : KESEDARAN KEPELBAGAIAN SOSIO-BUDAYA
Bangsa
Definisi
-       sekmpuln msyrkt yg m’punyai ciri2 kebdayaan, nilai & aspirasi yg sama &yg dpt dtentukn dgn sesua2 kawasan.

Bgsa Melayu:
-       suku bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia,Thailand, Indonesia, Filipina & Madagascar. (UNESCO)
-       merujuk kepada seseorang yg berketurunan Melayu & beragama Islam. (Perlembagaan Malaysia)

Bngsa Cina:
-       Org cina yg menjadi warganegara dan penduduk tetap di Malaysia
-       Kebanyakannya berketurunan pendatang dari China yg tiba di  Malaysia sekitar abad ke-15- pertengahan abad ke-20
-       Mengekalkan identiti komuniti yg amat ketara bezanya dgn kaum lain
-       Jarang berkahwin campur dengan orang Melayu atas sebab agama & budaya.
Bngsa India:
-       Kaum di Malaysia yang berketurunan drpd mereka yg berhijrah dari India semasa pemerintahan British di Tanah Melayu.
-       Merupakan keturunan penghijrah semasa Kesultanan Melayu Melaka dan kemudiannya semasa pemerintahan orang Portugal dan Belanda.
Kepentingan Hubngn etnik.
-       Mencerminkan perkembangan sejarah dan kemampuan sosioekonomi negara
-       Mencerminkan darjah dan sumber ketegangan sosial dlm masyarakat.
-       Penting dalam memahami kesan perindustrian & perubahan sosial
Integrasi budaya
-       Pelaksanaan proses bagi mewujudkan identiti nasional di kalangan kumpulan yg terpisah dari segi kebudayaan,sosial & lokasi .
Komponen integrasi
-       Akulturasi
o    Manusia dalam kumpulan minoriti menerima norma, nilai dan pola tingkah laku golongan majoriti.
-       Asimilasi
o    Proses penyerapan budaya
o    Budaya A+B+C=A
o    Budaya A tetap kekal dan diterima umum
-       Akomodasi
o    setiap etnik tetap mempertahankan budaya mereka  tetapi hidup dengan harmoni dan saling hormat menghormati antara satu sama lain
-       Pluralisme
o    proses mempertahankan kepelbagaian budaya. A+B+C=A+B+C
-       Amalgamasi
o    Proses percantuman dari segi biologi. A+B+C=D

Peranan kerajaan utk mewujudkan integrasi  bdya
-       merncng dgn b’kesan, dlm jngka segera & pnjng, utk mewujdkn sikap membina yg kukuh utk stiap kaum berusaha hidup aman.
-       M’buat penyelidikn ilmiah ttg sosdil-bdya yg saintifik.
-       KPM menerapkan aspek di atas kpd murid.

Struktur msyrkt / kelas sosial
Konsep masyarakat
-       Manusia hidup secara berkumpulan dan berkelompok yang mengamalkan  satu budaya yang sama.
Ciri-ciri msyrkt
-       Hidup berkelompok
-       Mempunyai budaya
-       Sering mengalami perubahan
-       Saling berinteraksi sama ada dalaman dan dengan pihak luar.
-       Mempunyai kepimpinan.
-       Mempunyai aturan sosial.
Kriteria msyrkt:
-       Kriteria sosial
o    Pnddkn, profesion @ pekerjaan, keturun @ keanggotaan dlm kasta & kebngsawanan
-       Kriteria ekonomi
o    Pendptn/pghasiln, pmilikn/kekayaan
-       Kriteria politik
o    kekuasaan
Status
-       Kedudukan @ tmpt seseorg @ kelompok dlm strktr sosial msyrkt.
Status dperoleh:
-       Kelahiran (ascribed status)
-       Kerana jasa-jasanya (assinged status)
-       Kerana prseatsi dan perjuangan (achieved status)
Mobiliti sosial
-       P’pindahan posisi dlm strktr sosial yg dialami oleh individu @pun kelompok struktur sosial.

Kelas sosial
-       Golongan individu yg menyndng, memiliki cara hidup, hak istimewa & prestij
Sistem kelas sosial (SKS)
-       SKS ialah satu sistem di dalam sistem susun lapis sosial terbuka.
-       Susun lapis masyarakat lebih mudah diubah dan dapat bergerak dari satu lapisan ke lapisan yang lain.
-       Status seseorang individu itu biasanya bergantung kepada kedudukan ekonomi ketua rumah dan seseorang itu dapat naik atau turun di dalam hierarki ini dengan usaha atau kegagalannya sendiri.
Struktur sosial tradisional
-       Sultan
-       Kelas bangsawan
-       Kelas pembesar,
-       Rakyat biasa
-       Hamba


Struktur sosial moden
-       Kelas atasan elit
-       Kelas menengah (para profesional dan pekerja mahir kolar putih)
-       Kelas pekerja
-       Kelas bawahan (pekerja yang kurang mahir)

Bahasa
Definisi bahasa
-       alat pewujudan budaya untuk manusia saling berkomunikasi.
Fungsi umum:
-       alat utk komunikasi & alat utk mengadakan integrasi & adaptasi sosial
Fungsi Khusus
-       mengadakan hubungn dlm p’gaulan sehari-hari
-       mewujudkan seni (sastera)
-       mempelajari naskah2 lama utk mengeksploitasi ilmu pengetahuan & teknologi.

Fungsi bahasa:
-       Fungsi komunikatif
o    Menggambrkn suasan @ menyampaikn mklmt antra penutur & pndengar
-       Fungsi apelatif
o    Supaya pendengar menyambut
-       Fungsi akspresif
o    Menyatakan perasaan
-       Fungsi kognitif
o    Menaakul kebijaksanaan
Fungsi bahasa di Sekolah Wawasan:
-       Membolehkan murid2 di SRJK menguasai bhsa Melayu.
-       Membuka ruang utk murid b’komunikasi.
-       Membolehkan murid memahami budaya, bahasa serta pemakaian rakannya drp kaum lain.

ü  Orang melayu bertutur dalam bahasa Melayu tetapi mengikut dialek antara negeri yang diduduki.
ü  Orang India bertutur dalam bahasa Tamil yang diambil dari begara Tamil Nadu.
ü  Orang Cina bertutur melalui kumpulan penutur. Cth:
§  kumpulan Pulau Pinang dan Melaka bertutur dalam bahasa Hokkien.
§  Kumpulan Kuala Lumpur, Seremban dan Ipoh pula bertutur dalam bahasa Kantonis dan Hakka.

Kepercayaan
Definisi kepercayaan:
-       Kepercayaan bermaksud akuan akan benarnya  terhadap sesuatu perkara. (Kamus Dewan 1994).
-       Konteks agama, kepercayaan adalah batu asas pembangunan moral.
-       Konteks psikologi bermaksud keadaan jiwa yang berkaitan dengan sikap berkedudukan memihak.


Jenis-jenis kepercayaan
-       Kepercayaan agama Islam
o    Akidah ataupun iman
-       Kepercayaan agama Hindu
o     Berkait dgn dewa-dewi, unsur2 alam, unsur2 jahat, roh & penunggu
o    Percaya siapa yg langgar akn dtimpa mlang, nasib buruk @pun kesan negatif
-       Kepercayaan agama Buddha
o    Percaya ttg perlunya sesorg itu b’tingkah laku yg baik.
-       Konfucianisme
o    Fahaman yang menekankan perasaan perikemanusiaan t’hadap org lain & harga diri.
-       Animisme
o    Kepercayaan kepada makhluk halus & roh
Kepercayaan Kaum Melayu:
-       Percaya pada pawang, bomoh beserta dengan jampi serapah.
-       Tidak boleh bersiul atau menyanyi di dapur kerana mendapat suami tua.
-       Dilarang menjahit pada waktu senja kerana mata akan buta
-       Dilarang duduk di atas bantal kerana akan mendapat bisul
Kepercayaan Kaum Cina:
-       Percaya semangat alam seperti langit, matahari, tanah, air dll.
-       YANG: Prinsip untuk laki- laki, matahari, arah selatan dan segala keaktifam
-       YIN:
-       Prinsip untuk wanita, bulan, arah utara dan segala yang pasif.
-       Percaya pada Jade yang boleh memberi kekayaan dan keharmonian.
-       Feng sui – memberikan tuah dlm khidupn.


Kepercayaan kaum India:
-       Bersiul waktu malam mengundang ular masuk ke dalam rumah
-       Ibu bapa akan bergaduh jika mengasah pensel dihujung kedua- dua belah.
-       Makan di tempat yang gelap adalah berkongsi makanan dengan hantu
-       Percaya kepada roh jahat, penunggu, dewa- dewi dan unsur alam

Adat Resam
Definisi
-       Adat = kebiasaan
-       Resam = lembaga, peraturan, hukum, norma yg dijunjungi oleh kelompok msyrkt.
-       Adat resam = peraturan yg sudah diamalkan sejak turun tmurun.
-       Adat resam mempunyai “isbat” kepada pelaku sama ada positif atau negatif.
Adat resam Melayu
-       Melenggang perut :
o    Wanita mengandung yang genap 7bln. Bertujuan untuk mengelakkan kedudukan bayi songsang dan memudahkan bersalin.
-       Meminang & bertunang
o    Bertujuan mengenali pasangan dengan lebih dekat sebelum akad nikah. Tempoh pertunangan ditentukan bersama.
-       Kematian
o    Waris si mati akan mengadakan kenduri arwah untuk disedekahkan kepada arwah. Ada yang mengadakan 3 atau 7 hari berturut- turut. Ada yang mengadakan semula pada malam ke 40.
-       Bersunat
o    Dilakukan kepada individu lelaki dan perempuan apabila telah cukup umur dan syarat. Bersunat bertujuan sebagai persediaan untuk menempuh alam remaja.
-       Bercukur Jambul
o    Mencukur jambul bayi ynag baru lahir. Dijalankan selepas ibu tamat tempoh berpantang. Serentak dengan itu, bayi diberikan nama.
Adat Resam Cina:
-       Kelahiran:
o    Ibu mertua bertanggungjawab menjaga wanita mengandung.
o    Mementingkan anak lelaki kerana dapat mewariskan nama nenek moyang.
o    Nama pertama adalah nama keluarga. Patah kedua nama segenerasi dlm adik beradik dan sanak saudara. Manakala patah ketiga nama panggilan diri sendiri.
-       Kenduri selepas kelahiran
o    Membuat kuih khas yang berbentuk bulat bewarna merah dan kuning yang berintikan kacang dan tan su serta telur yang diwarnai merah.
o    Mereka yang mendapat kuih ini akan membalasnya dengan membawa hadiah seperti baju bayi dan pati ayam untuk ibu.
-       Mencukur rambut
o    Sebagai pengiktirafan terhadap kelahiran baru dalam masyarakat mereka.
o    beranggapan rambut bayi yang dilahirkan adalah rambut sementara. Rambut yang tumbuh semasa dalam kandungan perlu dicukur untuk menumbuhi rambut baru.
Adat Resam India:
-       sewaktu mengandung
o    Dipakaikan gelang tangan, Suulkaappu. Suul bermaksud kandungn ibu dan Kaappu bermaksud perlindungan.
o    Dilakukan ketika kandungan 7 bulan dan kandungan sulung.
o    Adat ini dinamakn sebagai Valaikaapu.
-       Semasa bersalin:
o    Membisikkan nama Tuhan- Gayatti Mantiram ke telinga bayi.
o    Kemudian dilakukan upacara potong tali pusat.
o    Menyapu madu untuk tujuan kecantikan.
o    Madu disapu kepada lidah bayi berkenaan.
Adat Resam Iban
-       Berdiang @ bersalai
o    Berpntang 30 hari
o    Duduk dekat dgn unggun api
-       Adat memberi nama bayi (Manok Tawai)
o    Bagi nama dengan  memilih nama kepalan nasi yg dipilih oleh ayam.
-       Mandi Anak
o    Jamu tetamu & ahli rumah pnjang dengan makanan lebih byk selepas upacara mandi.
Adat Resam Kadazan
-       Berpantang
o    Bilangan hari b’pntang ikut kasta (7,21,44)
o    Suami x dbenarkan jauh dr rumah
-       Adat menamakan anak (MAdsapi @ Madsopik)
o    Lakukan pd umur 8 tahun.
o    Lengkap dgn mantera & tatacara
-       Mintuhun @ minuhu
o    Upacara turun tanah
Adat Resam Orang asli
-       Upacara melenggang perut
o    Bidan akn menjampi wanita yg mengandung
-       Menamakan anak
o    B’dasrkn nama pokok, tumbuhn, ikan @ tempat yg b’dekatan dgn bayi waktu dilahirkan.


Pantang larang
Definisi:
-       Peraturan larangan bagi sesebuah kehidupan bangsa itu.

Pantang larang kaum Melayu
-       Mereka yang mengandung di larang untuk mencaci atau mengumpat.
-       Dilarang untuk memaku atau memahat dan menggali lubang serta memukul binatang.
-       Mereka juga dilarang untuk keluar rumah pada waktu petang atau senja serta dilarang untuk duduk di anak tangga dan juga di larang melihat gerhana bulan ataupun matahari.
-       Suami di larang meniup sebarang bunyi bunyian, menyembelih, memburu dan memukul binatang.
-        Semua pantang larang ini adalah untuk keselamatan anak yang di kandung.

Pantang larang kaum Cina:
-       Semasa mengandung
o    Tdk dibenarkan melakukan kerja2 seperti memaku kerana dikhuatiri bayi yg lahir akan mengalami kecatatan
o    X d benarkan memukul binatang krn dtakuti terkena badi.
-       Perkahwinan
o    Bakal pengantin  tidak digalakkan untuk menghadiri majlis kebumian selama 3 bulan sebelum dan selepas majlis perkhawinan. 
o    Hiasan dalam majlis perkhawinan tidak digalak untuk menggunakan warna putih, biru tua, hitam dan hijau.
o    Dalam bilik tidur bakal pengantin baru, katil, meja dan almari perlu diletakkan dalam kedudukan yang biasa dan bukannya sudut bilik. 


Pantang larang kaum India:
-       Semasa mengandung
o    Dilarang keluar rumah berseorangan pada waktu malam 
o    Dilarang tidur pada waktu siang atau tidur berlebihan.
o    Dilarang melakukan perbuatan-perbuatan buruk seperti mengumpat, membuat fitnah, bergaduh, menyembelih binatang dan sebagainya.
o    Dalam tempoh 2 bulan selepas bersalin, si ibu perlu menghindarkan diri daripada melakukan kerja-kerja yang berat.
Tujuan pantang larang masih diamalkan
-       mendidik secara halus
-       memberi teguran secara berhemah
-       membentuk budi pekerti mulia
-       membolehkan adat istiadat tidak dilupakan

Jantina
Definisi :
-       Perbezaan antara lelaki dgn perempuan berdasarkan ciri-ciri sosial dan budaya.
Bagi masyarakat Melayu dan Cina:
-       Anak lelaki diutamakan dalam keluarga


BAB 3 : IMPLIKASI KEBELBAGAIAN SOSIO-BUDAYA

3 kelompok budaya pelajar
-       Pro budaya sekolah > ikut peraturan sepenuhnya
-       Antibudaya sekolah > x snggup patuhi peraturan
-       Antara budaya sekolah & bdaya remaja > menghormati bday sekolh & penuhi keperluan diri

Aspek budaya pengaruhi murid:
-       Cara individu berfikir
-       Cara individu b’tindak
-       Pengaruhi pandangan, perasaan & pembawaan

Murid


6 corak asas bdaya murid
-       Berbeza dalam gaya komunikasi (guna bahasa n komunikasi)
o    Murid kt utara b’suara lntang n nada tinggi
o    Pantai timur – dialeh yg ada kosa kata keliru pmhaman
-       Berbeza sikap terhadap konflik
o    Ada yg lbih b’pndngn t’buka (perbincangan)
o    Penyelesaian scra t’tutup @ b’tulis
-       Berbeza pendekatan dlm meyelesaikn msalah
o    Ada yg b’sungguh2
o    Ada yng “asal siap”
-       B’beza dalm menyelesaikan masalah
o    Utamakan tnggunjwb individu
o    Amalkn perkongsian tnggungjwb
-       Berbeza sikap t’hadap pendedahan pndangn.
-       Berbeza dlm pendekatan untuk mengetahui
o    Ikut gaya fikir n gaya belajr.
Implikasi terhadap murid
-       Aspek kemahiran dan penguasaan bahsa
o    Mrid yng kuasai dialek  atau bahasa ibunda akan menghadapi mslah dlm pmbelajrn , kurng faham n tercircir dlm pljrn
o    Pelajar yng mengusai byk bhasa akn cepat n tangkas dan mudah menguasai pmbljrn.
o    Penggunaan bahasa standard harus diamalkan oleh setiap murid, penggunaan dialek mengikut kaum perlulah dielakkan.
-       Aspek kaum etnik
o    Duduk dlm kelompok 1 etnik myebbakn proses menyesuaikan diri dgn kaum lain ak sukar
o    Kelompok pelbagai etnik akn dpt pupuk persaan saling menerima n saling mghormati melalui pergaulan.
o    Murid yang terdiri daripada pelbagai bangsa perlu bersosial dalam kelompok mereka terutamanya dalam melakukan aktiviti pembelajaran.
-       Aspek kelas sosial
o    Kelas sosial rendah akn meyebabkn menghadapi masalah berkaitan kewangan, kemudahan bljar n dsb..
o    Kelas sosial sederhana @ tinggi, dpt peluang m’dptkn penddkn lbih meluas b’banding mereka yg berada dlm linkungn taraf sosioekonomi rendah.
o    Murid perlu bersosial tidak kira kelas atasan sama ada kelas atasan atau bawahan.
-       Aspek petempatan
o    Bandar n pnggir bndar > bdya mrid dar aspek tumpuan, kemampuan b’belanja, t/laku& pndngn akn b’beza ikut sapirasi ibu bapa, jenis pekerjaan n dsb..
o    Luar bndr n pendlman > amalkan budaya yg sama, etnik sama n pndangn yg sama n t/laku kurg mndtngkn masalah.
-       Aspek gaya fikir n gaya belajar
gaya belajr
tindakan
auditori
mudah bljr mlalui proses mndgr.
visual
cpt bljr melalui proses mnder n melihat
kinestatik
bljr melalui proses m’nuat “hands-on”
gaya b’fikir
tindakan
bergntung latar (field dependent)
perlu bntuan latar p’sekitran utk memahami pelajaran
bebas latar (field independent)
x perlu bntuan latar p’sekitran utk memahami pelajaran
impulsif
-bertindk tnpa b’fkir pnjang
-cepat bertindak
reflektif
-bertindak slepas b’fikir scara mndlm
-teliti & lmbt respons


-       Aspek gender
mrd prmpuan
mrd lelaki
lbih tekun m’mberikn perhatian, patuhi peraturan
lbih dpt perhatian guru
lbih kemas n teratur
d’anggp b’mslah
mnunjkkn prestasi baik
lbih baik dlm mta plajarn pengiran ttp lemah dlm sastera n bhasa
tunjuk prestasi baik pd pringkt rendah
tnjuk prestasi baik pd pringkt mnengah
estim kendiri merosot pada peringkt mnengah
estim kendiri sama pada stiap pringkt
o    Murid digalakkn untuk berinteraksi dengan mereka yang berlainan jantina, namun mereka perlu diberi kesedaran batasan perhubungan dalam interaksi yang berlainan jantina.
o    Aktiviti interaksi antara berlainan jantina ini perlulah sesuai mengikut tugasan yang diberikan.
Guru
Implikasi terhadp guru
-       Aspek penerimaan dan layanan adil
o    Memberi layan adil mengikut keperluan individu pelajr
o    X salah guna maklumat ltr blkg mrid utk bt generalisasi & pelabelan.
-       Aspek strategi pembelajrn koperatif
o    X anggap semua mrid boleh bljr cara yg sama.
o    Guna pmbljrn koperatif utk erat perpaduan, mrid dpt kongsi penegtahun n pengalaman, sling bntu n interaksi untuk pencapaian kumpulan.
-       Aspek pgurusan blik drjh & pgursn hubngn
o    Perlu urus hubungn dlm bilik darjah dgn baik
o    Kwalan t/laku mlalui praturn blik drjh utk wujd suasana yg t’kawal
o    Uruskan hbngn n penerimaan antara plajr dgn baik menggunkn kjian sosiometri
-       Aspek aspirasi/jangkaan guru
o    Sedar bhwa potensi pljr bkn b’dasakn kelas sosial, jntina @ bngsa.
o    x bt generalisasi t’hdap pljr yg lemah.
o    Ubah sikap n pndngn t’hadap pljr n elakkn amaln diskriminasi
o    Sedian P&P yg selaras dgn pnglamn n keupayaan serta bdaya pljr.

-       Pemilihan bahan sumber
o    Perlu sedikn sumber pmbljrn yg sesuai dgn pgthuan n bdaya pljr
o    Berhati- hati pilih sumber pmbljrn
o    Elakkn unsu2 negatif n sensitif mna2 pihak.
o    Sentiasa dptkn mklumt yg tepat ttg bdaya sesutu etnik.
o    Hormti adat resam, keprcyaan n amaln ritual pelbagai etnik.
o    Lihat penggunaan bahasa n istilh yg x b’unsur negatif dri segi gnder, etnik n kpercyaan
o    Bentuk bahasa yg dpt dterima, x bias n prejudis perlu d utamakan.
Sekolah

Implikasi terhadap sekolah.
-       Aspek jenis sekolah
o    Setiap jenis sekolah mempunyai fokus yg b’beza turut mngamalkn bdya yg b’beza
o    Sekolah kebangsaan >gna bahsa kebangsaan sbg bhsa pngntr
o    Sklh jenis kbngssan> guna bhasa ibunda msg2 sbgai bhsa pgntr
o    SBP > beri peluang kpd murid luar bndr
o    SMT > beri pelaung kpd murid yg cenderung dlm bdng teknik n vokasional
o    SMKA >memupuk potensi murd dr segi nilai2 kerohian n kepercayaan agama dlm pmbentukn shsiah melalui pnddkn islam
o    Sek premier > punyai sejarh n tradisi yg kukuh &n memberi sumbngn yg byk kpd negara sjak penubhnnya.
o    Sek Bestari >reka bntuk mnrik, infrastruktur yg lengkap n t’letak dlm kwsn strategik.
o    Sek model khas > gbungkn murid thap II sek rendh n mnegh b bwah  1 bumbung. Kmdhn kondusif bg mrd b’potensi
o    Sek penddkn khas > khas utk mrd b’mslh pglihtn, pndgrn n pembeljrn, autism n dsb…
o    Sek wawasan > wjd perpaduan kalangn murid
-       Aspek lokaliti sekolah
o    Sek d bndr > dsertai pelbagai ltar blkg sosiobdya
o    Sek d luar bndr pndlmn> rngkumi 1 @ 2 kaum etnik shja.
-       Kepimpinan sekolah
o    Pegurus kepmpinn sek  yg baik wjudkn iklim sek yg mesra, memotivasikan pljr n b’kerjsama dlm 1 psukn.

Kurikulum tersirat
Definisi kurikulum tersirat
-       Cara bdaya disalurkan n d bentuk melalui proses p&p n pengursn organisasi sekolah.
Ciri-ciri kurikulum tersirat:
-       Merangkumi semua pengalaman pembelajaran yang diperoleh oleh murid
-       Boleh menjadi objektif pembelajaran
-       Hasil pembelajaran bersifat relatif dan sukar diukur secara kualititatif
-       Merangkumi nilai-nilai yang dibentuk bersama oleh pelaksana kurikulum itu sendiri      (murid-guru/pengajar)
-       Bergantung kepada lokasi,persekitaran dan latar belakang pelaksana kurikulum            (murid-guru/pengajar)
-       Tidak tertulis dalam kandungan kurikulum dan penilaian walaupun terdapat dalam matlamat atau objektif kurikulum
-       Berbeza mengikut jenis institusi,tahap pembelajaran dan matlamat kurikulum.
Unsur kurikulum tersirat:
-       Kelompok > tunggu gilirn, ucap selmt, izin guru, bt tugasan
-       Pujian > dikaitkan dgn penilain.. t/laku baik dpt pujian.
-       Kuasa > dewasa lbih b’kuasa (perlu demokratik)

Aspek pembeljrn melaui kurikulum tersirat
-       Struktur organisasi sekolah (jadual waktu, aktiviti d sek, bhn smber pmbljrn, koko
-       Bdaya sekolah.( peraturan, paparn mklmt sekbdaya pljr, adt resm, jangkaan guru)
Implikasi kpd krikulm t’sirat
-       Sengaja
o    Guru x urus pmbljrn dgn baik t’hadp mrid drp bdaya n sstm nilai yg beza. Konlik nilai wujud. wujud bias @ prejudis t’hadp mrd
-       X dsengajakn
o    Tempt pljr kurg t’lbt dlm proses p&p d bhgian blkng kelas
o    Elakkn mrd2 t’tntu dlm xtvt kelas.
o    Beri pujian kpd murid bdaya lain dlm pncaipan kecil2.
o    Trunkn stndard pncapain akademin utk sesuikn dgn keperluan pljr yg dilabel “lemah”, “prestasi lmah” n dsb..


BAB 4 : KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN
Konsep:
-       Merujuk kepada pnddkn x sama rata utk smua pnddk.
-       Pndngn, pemikirn n kepercayaan bhwa terdptnya perbezaan antara anggota @ kelompok etnik lain dgn kumpln lain drp pelbagai aspek sperti kemudahan, peralatan, peluang kerjaya n dsb..
Unsur2 pewujudn ketaksamaan peluang pnddkn
-       Kelas sosial
o    Kelas atasn – kumpuln bangsawan & elit
o    Kelas pertenghn atasn – pnddkn tinngi, profesional
o    Pertnghn bwhn – lulusn sek menegh n diploma, pntingkn pnddikn anak2
o    Kelas pekerja ( kolar biru) – lulusn SPM
o    Bwahan – lulusn rendh @ x punyai klulusn
-       Ketaksamaan dr segi kelas sosial sbb:
o    Glongn atasan punyai keupayaan kwngn
o    Pilihn n peluang pnddkn di dlm n luar negara
o    Mampu sedikn tuisyen
o    Mampu beli komputer riba, prltn sek  n bhn bacaan utk bantu pljrn anak
o    Bagi maknn berkhasiat tuk jaga kesihatan anak &kesimbangn otak.
o    Kmudhn TMK:
§  Mampu sediakn pelbagai jenis peralan TMK
§  Akses mklumt n bhn bntuan dgn cepat n pntas melalui internet
SKM (sek kurg murid)
-       Hadapi masalah kekrgn peruntukn, kmudhn & guru terlatih
-       Norma perjwatan sedia ada x sesuai dgn keperluan SKM.
-       Petemptn guru sukar (sbb pndlmn)
-       Mrd terlalu keci myebbkn amalkn P&P kelas bercantum
Langkah KPM utk bntu peljr miskin:
-       Rncangan mknn tambahn (RMT)
-       Kump Wang simpanan pelajar miskin (KWAPM)
-       Bantuan Makanan Asrama
-       Bantuan Perjalan & penganguktn Murid
-       Jaket keselamatan
-       Elaun bulanan Pelajr kurang upaya
-       SPBT
-       Skim Baucer Tuisyen (SBT)
-       Biasiswa kecil persekutuan (BKP)
-       Biasiswa kelas persediaan universiti
-       Asrama harian

Jantina
o    Ketiadaan keselamatan dlm klngn perempuan
o    Bias jntina dlm buku teks n bhn pengajran
o    Terbatas dlm kemahiran
o    Matlamat ssetngh kurikulum (teknikaln mate lanjutan)
o    Kurng kesedaran ttg persepsi ttg kemmpuan wnita
-       Penilaian n petnksiran untuk mngurangk ketaksamaan aspek jantina
o    Tambahkan pelbagai jenis soaln (gmbr, carta)
o    Gunakan pelbagai jenis soalan (aneka pilihn, esei)
o    Imbgkn kaedh pentaksiran BD tugsn individu n kump.
o    Semak semula ujian, peperiksaan n pntaksirn supya x wujud bias.
Kumpulan minoriti
o    Definisi - Golongan kecil orang yang sama keturunan,agama dan budaya yang tinggal di sebuah tempat yang majoriti penduduknya berlainan keturunan,agama dan budaya.
o    Sbb berlaku ketaksamaa
§  Lokasi tempat tinggal di pedalaman
§  Perhubungan
§  Pengangkutan
§  Infrastruktur
§  Kemudahan asas
§  Kelengkapan sekolah
o    Kesan ketaksamaan
§  Kadar keciciran yang tinggi
§  Jurang pencapaian murid lebih besar berbanding kumpulan majoriti
§  Jurang digital antara guru dan murid terlalu luas
-       Langkah nak atasi ketaksamaan yg berlaku di sekolh
o    Pihak sekolah perlu peka dan prihatin terhadap cara hidup dan budaya satu-satu kaum supaya kumpulan minoriti tidak terpinggir dalam peluang pendidikan.
o    Harus diberi peluang sama rata dalam mencapai matlamat masing-masing.
o    Guru harus menyesuaikan dan mengadaptasi kurikulum sedia ada supaya mesra budaya dan semua murid tanpa mengira kaum,agama dan budaya dapat menerimanya.
Kumpuln berkeperluan khas
o    Definisi - satu program pendidikan yang dirancangkan khas untuk kanak-kanak istimewa/luar biasa dari segi intelek,jasmani,sosial atau emosi.

Ketaksamaan berlaku pada 3 peringkt:
-       Sblm merdeka
o    sebelum 1960 negara sediakan kemudahan pendidikan peringkat rendah sahaja.
o    tumpuan diberikan kepada murid normal.
-       Slpas merdeka
o    Kerajaan telah memberikan perhatian dan memainkan peranan yang aktif dalam menyediakan peluang pendidikan.
o    Akta pelajaran 1961 & Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979:
-       Masa kini
o    Sekolah Pendidikan Khas (SPK)
§  bermasalah penglihatan dan pendengaran
o    Pendidikan Khas Integrasi
§  bermasalah pembelajaran, penglihatan, dan pendengaran.
§  la diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah dan sekolah menengah teknik/vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran dan
pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif.
o    Pendekatan inklusif dalam sekolah biasa
§  belajar di dalam kelas normal bersama rakan sebaya.



-       Langkah kurg ketaksamaa
o    Kemudahan fizikal sekolah dan peralatan khas diubah suai mengikut tahap dan jenis kecacatan.
o    Kepakaran guru pendidikan khas.
o    Penggunaan kurikulum yang bersesuaian dengan murid
-       Isu ketaksamaan peluang- orng asli
o    Kurang infrastruktur serta prasarana yang lengkap.
o    Kadar keciciran yang tinggi
o    Prestasi pelajar orang Asli yang rendah
o    Jumlah enrolmen sekolah yang rendah

-       Punca wujud ketaksamaan – orng asli
o    Sikap tidak ambil berat ibu bapa orang Asli.
o    Kurang golongan bijak pandai disebabkan kurangnya persaingan untuk mencapai kemajuan.
o    Tiada minat untuk belajar kerana tiada tekanan untuk berubah dan juga ciri-ciri orang Asli itu sendiri.
o    Tidak dapat mengikuti aktiviti pembelajaran kerana diajar menggunakan kurikulum aliran perdana yang menggunakan bahasa kebangsaan, bukan bahasa ibunda mereka.
-       Isu ketaksamaan – indigenous
o    Taksub kepada sistem kehidupan yang dibina oleh mereka.
o    Belum bersedia menerima perubahan.
o    Tidak terdedah kepada perubahan arus semasa dan kuat terikat dengan kehidupan tradisional.
o    Sistem belajar yang diwarisi turun temurun yang berpandukan pengalaman.
o    Dalam sistem ini, proses belajar merangkumi aspek
§  manusia akan mengalami sesuatu secara nyata.
§  memikirkannya secara konseptual
§  mengamati sesuatu sambil merenung
§  mencuba dalam situasi lain yang lebih luas.
-       Faktor
o    Jurang digital disebabkan lokasi tempat tinggal dan latar belakang masyarakat serta statusekonomi.
o    Kemudahan asas dan infrastruktur yang serba kekurangan.
o    Tempat tinggal yang jauh dan terpencil dari sekolah dan sistem perhubungan yang kurang baik.
-       Isu-isu lain - pedalaman
o    Masih terdapat sekolah yang tidak mempunyai kemudahan asas seperti talian telefon, meisn faks, bekalan elektrik dan juga bekalan air bersih.
o    Kekurangan guru terlatih bagi sekolah rendah di kawasan pedalaman dan luar bandar. Misalnya guru dalam bidang kritikal seperti Sains, Matematik dan bahasa Inggeris.
o    Suasana persekitaran yang kurang merangsang à Kurang kemudahan ICT, kemudahan asas
o    Sekolah Kurang Murid (SKM)
o    Bahasa yang tidak sama à Dialek yang berbeza.
o    Kurangnya guru pakar di pendalaman.
o    Ibubapa tidak mementingkan pendidikan.
o    Kanak-kanak tidak tertarik/berminat untuk ke sekolah.
-       Usaha nak atasi ketaksamaan
o    Peningkatan dalam kadar penyertaan murid peringkat sekolah rendah.
o    Pemantapan kualiti guru.
o    Peningkatan infrastruktur sekolah tanpa mengira lokasi.
o    Peningkatan kualiti proses P&P melalui pengintegrasian TMK.
o    Jurang perbezaan antara bandar dan luar bandar dapat dikurangkan dari segi kelengkapan asas dan kemudahan asas supaya murid akan menikmati akses, ekuiti dan kualiti pendidikan yang serata.

BAB 5 – PEMBINAAN PERSEKITARAN BLK DRJH YG MESRA BUDAYA
Pembinaan Persekitaran Bilik Darjah Yang Mesra Budaya
-       Pengurusan fizikal bilik darjah bermaksud satu proses mendapatkan penyertaan, kerjasama dan campur tangan ahli untuk mencapai objektif organisasi atau kumpulan dalam sesuatu gerak kerja.  
-       Proses yang dimaksudkan:
o     merancang, mengelola, memimpin, mengarah dan mengawal. Bilik darjah merupakan medan perjuangan utama kerjaya seorang guru.
-        Pengurusan bilik darjah yang dinamik adalah untuk pembinaan modal insan yang menjurus kepada pembinaan jasmani, emosi, rohani dan intelek. 
-       Ianya memerlukan pelbagai pengetahuan, kemahiran, prosedur, teknik dan strategi.

Pengurusan Persekitaran Fizikal
-       Peralatan asas bagi sesebuah bilik darjah adalah papan tulis, papan kenyataan, ruang yang selesa, meja dan kerusi untuk guru dan murid, almari, bahan bacaan, bahan bantuan mengajar serta dihiasi dan kebersihan.
-       Susunan kerusi dan meja boleh memberikan kemudahan mengadakan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid dan aktiviti berkumpulan; cahaya yang mencukupi serta peredaran udara sekukupnya. 
-       Papan kenyataan yang dilengkapi jadual waktu, jadual bertugas, carta organisasi, pelan keselamatan, sudut mata pelajaran, sudut bacaan, kata-kata motivasi, pengunaan laman web, computer dan CD serta LCD. 
-       Peraturan keselamatan dan amalan bilik darjah juga membantu mengawal dan mencorakkan tingkah laku dan disipilin murid.
-       Ruang dan pergerakan harus diurus lebih fleksibel. Kebersihan dan keindahan bilik darjah merupakan elemen meningkat nilai murni dalam diri.

Pengurusan Persekitaran Sosio-Emosi
-       Guru boleh memberikan pujian dan galakkan kepada murid untuk terus terlibat dalam aktiviti-aktiviti di bilik darjah.
-       Penghargaan yang sesuai dengan penglibatan; ganjaran dalam bentuk hadiah atau token ekonomi boleh diberikan kepada murid.
-       Peneguhan positif penting untuk menambah kebarangkalian gerak balas  daripada murid.
-       Guru harus mengurus emosi murid dengan berkesan supaya mereka dapat menerima hakikat terhadap kekuatan dan kelemahan mereka.
-       Emosi harus di urus dengan berkesan untuk membangkit naluri ingin tahu dan mengelak dari mereka berputus asa.
-       Hubungan positif sesama rakan kelas perlulah dibina; mereka harus diberi peluang bersosial dan mengutamakan semangat kerjasama dan memahami emosi rakan.
-       Murid boleh menggunakan bahan mainan bagi menjelaskan perasaan dan menyelesaikan masalah sosio-emosi. 

Perhubungan Antara Kelompok Etnik
-       Tajuk pembelajaran berkaitan kepelbagaian budaya masyarakat harus dipilih
-       setiap murid perlu diberi peluang untuk berorientasi dan berbincang tentang perayaan masing-masing. 
-       Penerapan budaya dan nilai murni dari etnik yang berlainan dapat di serapkan di dalam objektif pembelajaran.
-       Guru harus adil, tidak bersikap pilih kasih, berat sebelah dan sentiasa peka terhadap budaya murid tanpa mengira latar belakang mereka; dan guru tidak boleh merendahkan dan memburukkan walau apa pun etnik mereka. 
-       Aktiviti dan program yang dirancangkan tidak harus menyentuh isu-isu sensitive yang mampu mengguriskan perasaan mana-mana pihak. 
-       Guru hendklah menerapkan nilai murni, kepentingan perpaduan, bertolak ansur dan bekerjasma dalam mengekal keamanan dan kesejahteraan tanpa mengira etnik atau warna.




Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran
-       Guru perlu bijaksana dan teliti dalam perancangan, pelaksanaan, penyeliaan, penilaian dan rekfleksi. 
-       Guru juga perlu merancang kurikulum, sukatan, huraian sukatan, bukut teks, rujukan tambahan dan maklumat tambahan termasuk laman web.
-       Teknik dan kaedah mestilah sesuai dengan kumpulan sasaran; isi dan aktiviti  perlulah melibatkan interaksi murid pelbagai budaya.  
-       Pengesanan dan penilaian perlu dijalankan untuk memastikan penambahbaikan dijalankan dalam pengajaran berikutnya.
-       Penyampaian pengajaran berdasarkan objektif  yang dirancang.
-       motivasi yang bersesuaian supaya mereka memahami perbezaan diantara mereka perlu dititikberatkan. 
-       Aplikasi sumber yang hendak digunakan mestilah selaras dengan kaedah dan teknik yang di pilih.
-       Digalakkan murid bertanya dan bersoal jawab serta mempunyai perasaan ingin tahu.  
-       Perbezaan budaya harus menjadi  pencetus minda dan motivasi kearah pembelajaran aktif, interaktif   dan konstruktif.
-       Murid terlibat dengan berkongsi pengalaman berasaskan tugas dan kejadian sebenar.
-       Pelaksanaan aktiviti dapat dilaksanakan dengan mengawal  masa  dan menyusun aktiviti sekara berkesan. Proses ‘brainbreaks’  atau ruang merihatkan minda juga  perlu diberikan.

Pedagogi Relevan Budaya dan Kepelbagaian 
-       Pedagogi yang relevan menggunakan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran supaya pembelajaran menjadi lebih bermakna kepada murid.
-       Penekanan diberikan kepada pengintegrasian pengetahuan, kemahiran asas serta nilai murni bagi perkembangan menyeluruh dari kepelbagaian kebolehan dan budaya murid.
-        teknik  dan kaedah yang boleh di gunakan adalah ;
-        
Kaedah Direktif
- belajar melalui penerangan dan di  ikuti oleh ujian kefahaman dan latiha
- fokus kepada kemahiran asas, latih tubi dan latihan kekekapan
- guru sebagai model

Kaedah Mediatif
- mengunakan bahan media
- diajar mengaplikasikan pengetahuan untuk menyelesaikan masalah, membuat keputusan, mengenalpasti andaian dan menilai andaian

Kaedah Generatif
-mengalakan menjana idea kritis dan kreatif
-murid dijangka dapat membuat pertimbangan untuk meneruskan budaya yang relevan

Kaedah Kontekstual
-boleh diaplikasikan dalam amalan pedagogi supaya budaya yang relevan dengan murid dapat diterima
-dapat mengaitkan bahan pengajaran dan pembelajaran kepada situasi sebenar
-boleh dikaitkan dengan pembelajaran ‘eksperential’ iaitu pengalaman hidup sebenar

Kaedah Metakognitif
-memberi peluang untuk memikir tentan proses pembelajaran, rancangan pembelajaran, pemantauan dan penilaian kendiri
-murid akan berbincang tugasan dan dapat mempraktikkan strategi semasa latihan praktikal

Kaedah Konteks Luar
-memerlukan aktiviti dijalankan dan dilakukan diluar bilik darjah
-guru bertindak  sebagai fasilitator
-murid akan menjalankan aktiviti penyelesaian dan akan melaporkan sekara bertulis selepas aktiviti

Kajian Masa Depan
-membolehkan murid mengambil  bahagian mencipta penciptaan masa depan
-membantu murid berfikiran jauh

Kaedah Koperatif
-murid dapat berbincang sekara kumpulan dan harmonis
-dapat belajar bekerjasama dan berinteraksi di antara murid
-akan menjadi menarik kerana penglibatan aktif
-melatih meningkatkan akauntibiliti diri dan bertanggungjawab sesame ahli
-kemahiran dan interaksi sosial dapat dipupuk

Pembelajaran Koloboratif
-dapat bekerjasama erat diantara dua pihak atau lebih
-berusaha bersama mencapai matlamat pembelajaran
-melibatkan kumpulan murid berusaha mencapai prestasi cemerlang
-keberkesanan pembelajaran dapat di  tingkatkan










Pedagogi Kelas Bercantum

-       Di wujudkan apabila  bilangan murid dalam satu tahun persekolahan adalah kurang dari 15 orang. Sesebuah kelas Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 dikantum jika bilangan murid tidak mencukupi.
-       Kelas bercantum juga wujud dalam sesebuah sekolah yang bilangan muridnya kurang dari 145 orang.  Bilangan guru besar dan guru pula tidak melebihi 5 orang.
-       Guru akan mengaajar lebih dari satu tahun persekolahan sekara serentak dalam kelas bercantum. 
-       mengajar sekara  berkumpulan  dan berpusatkan muridMurid akan mengikuti mata pelajaran mengikut aktiviti yang diperingkat mengikut tahap pencapaian mereka
-       mengunakan kaedah perbincangan, yang melibatkan perbualan antara guru-murid dan murid-murid  didalamsebuah kelas. 
-       Guru  perlu bijak melaksanakan kelas cantum kerana terdapat aras perbezaan yang agak ketara dalam diri murid; kelemahan mengunakan pedagogi yang sesuai akan menjejaskan dan merencatkan minat murid.

Penilaian Berasaskan Budaya

-       Guru perlu melaksanakan penilaian terhadap murid berasaskan budaya yang sesuai dengan situasi di dalam kelas berkenaan. 
-       Antara perkara yang perlu di beri perhatian adalah aturan dan kedudukan fizikal kelas dalam kumpulan dengan kaum yang berbeza. 
-       Murid perlu diberi peluang melakukan aktiviti bersama kaum yang berbeza, boleh memperkenalkan adat dan kaum yang ada;
-       penerapan nilai kerjasama dalam subjek akan memudahkan proses penilaian terhadap murid.

BAB 7 - Pelan Tindakan Mewujudkan Persekitaran Yang Mesra Budaya

Merancang dan Melaksanakan Pelan Tindakan : Orang Asli
-       Perancangan pelan ini dibuat bersama oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli dan Bahagian Perancangan Penyelarasan, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. 
-       Objektif pelan ini adalah bertujuan menyediakan keperluan peruntukan di kawasan orang asli.
-       Kumpulan sasar untuk program ini terdiri dari 4 kumpulan iaitu peringkat pra-sekolah (5-6 tahun) , peringkat rendah (7-12 tahun) , peringkat menengah (13-18 tahun) dan peringkat tertiari.
-       Latihan kemahiran yang bersesuaian dengan minat serta kebolehan mereka akan diperkenalkan supaya mereka dapat memasuki pasaran tenaga buruh dan mendapat peluang-peluang pekerjaan yang sesuai dengan kebolehan mereka.
-       Peringkat dewasa masyarakat dianjurkan program kemasyarakatan oleh pertubuhan seperti Penggerak Wanita Orang Asli. Antaranya program kesejahteraan keluarga, latihan-latihan kemahiran dan keusahawanan serta program celik huruf.
-       Skim Bantuan Galakan Pendidikan JHEOA disediakan bagi membantu pelajar orang asli di peringkat sekolah, menengah dan Institusi Pengajian Awam Tempatan.
-       Diantaranya adalah :
i)        Yuran persekolah
ii)      Kokurikulum
iii)    Kertas ujian bulanan
iv)     Sukan tahunan sekolah
v)       Kegiatan pendidikan Islam dan Pendidikan Moral
vi)     MSSM
vii)   Bantuan persekolahan seperti buku tulis, buku kerja dan alat tulis
viii) Pakaian  seragam sekolah
ix)    Tambang pengangkutan
x)      Barang keperluan diri
xi)    Bantuan makan sekolah pendalaman
-       Bagi meningkatkan minat orang Asli terhadap pendidikan dan seterusnya mengurangkan penciciran pelajaran, pihak sekolah telah berusaha mengubahsuai sistem pendidikan daripada 3M (menulis, membaca dan mengira) kepada 6M (mata pelajaran luar darjah, rancangan makanan tambahan dan muzik, tarian dan kegiatan kebudayaan)
-       Bukti kejayaan pelan tindakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia ; murid terbaik Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2006 , Nurul Atikah Kamaruddin. Beliau juga merupakan pemenang anugerah Tokoh Malidur Rasul 2007 Peringkat kebangsaan.

Merancang dan Melaksanakan Pelan Tindakan : Indigenious 
-       Pendefinisian semula dilakukan untuk membantu anak-anak orang asli dan indigenious supaya tidak tercicir dalam arus pendidikan. . 
-       Melalui pendemokrasian pendidikan apa saja kemudahan yang terdapat disekolah perlu diamaratakan secara optimum tanpa mengira sekolah kaum indigenious atau bukan kaum indigenous.
-       tindakan kolektif - Program ‘Outreach’ Pendidikan Khas dan Lawatan Jawatankuasa Bertindak Bagi Menangani Isu-Isu Pendidikan anak orang asli dan indigenious.

Merancang dan Melaksanakan Pelan Tindakan : Pendalaman

-       Penagihan peruntukan kewangan tanpa memilih bulu dan ketidakadilan dalam menyalurkan dana pendidikan 
-       menyediakan dana dan sokongan teknikal untuk menilai impak dan keberkesanan Program Pembacaan Tambahan; kerajaan telah berusaha meningkatkan lagi program Pendidikan Berasaskan Kepada Kemahiran Hidup 
-       memperkenalkan Kelas Intervensi Awal membaca dan Menulis (KIA2M)  selepas enam bulan persekolahan Tahun 1. Murid yang tidak menguasai atau mempunyai permasalahan pembelajaran akan mengikuti kelas pemulihan.
-       mengadakan pendidikan prasekolah kepada 92,303 kanak-kanak berumur 5+ tahun dengan menyediakan 3,868 kelas prasekolah. 
-        KPM juga menambahkan kelas presekolah  dan menyediakan guru prasekolah terlatih di semua kelas prasekolah.  
-       Kurikulum Prasekolah Kebangsaan juga diperkenalkan.
-       memperluaskan Program Pemulihan dengan menaikkan taraf 2,800 kelas pemulihan dan menyediakan guru pemulihan yang secukupnya sejajar dengan Keputusan Kabinet tahun 2005.
-       Bagi menarik minat murid pelbagai kaum belajar di sekolah kebangsaan serta mempelajari bahasa lain, Kementerian Pelajaran memperkenalkan Bahasa Arab Komunikasi, Bahasa Cina Komunikasi dan Bahasa Tamil Komunikasi.
-       BCK dan BTK digantikan dengan Bahasa Cina dan Bahasa Tamil di 150 buah sekolah pilihan dan 70 buah sekolah pilihan. BAK diserap sebagai salah satu bidang program Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu-Ain (j-QAF).
-       penyediaan kemudahan ICT, insentif guru, program intervensi murid serta aspek sokongan dan bantuan untuk murid.
-       penyediaan bekalan elektrik serta bekalan air bersih kepada sekolah di kawasan Bandar dan pendalaman.
-       penambahan komputer untuk pelajar dengan nisbah satu computer bagi setiap lima murid.
-       Elaun khas dengan kadar yang bergantung kepada tempat dan jarak guru mengajar kepada guru yang sanggup berkhidmat di luar bandar dan pendalaman
-       Bagi program intervensi murid pula, kerajaan menjelaskan bahawa bengkel-bengkel akan dibina untuk keperluan murid yang mengambil matapelajaran vokasional manakala kelas pemulihan ditambah kepada 5,077.
-       Peruntukan makanan asrama akan ditambah daripada RM8 kepada RM12 seorang sehari untuk 280,000 murid sekolah rendah dan menengah.

Melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006:

i)           menyediakan asrama sekolah baru dan memperbaiki asrama  untuk keperluan 65,000 penghuni dan peruntukan makanan kepada 280,000
ii)          mempertingkatkan kelas pemulihan di luar bandar sebanyak 5,000 kelas bagi mengukuh penguasaan kemahiran 3M
iii)          memperluas penawaran Mata Pelajaran Vokasional kepada 480 sekolah luar bandar
iv)          membestarikan sekolah luar bandar
v)           menyediakan tambahan peruntukan Rancangan Makanan Tambahan untuk 550,000 murid luar bandar
vi)          menyediakan insentif bagi guru yang berkhidmat di kawasan luar bandar seperti elaun khas, elaun balik kampong, insuran guru serta penambahbaikan rumah guru dan bekalan lain

Melalui PIPP, projek-projek yang dijangkakan mempunyai impak yang besar meliputi :

i)           peningkatan 92.0 kepada lebih 95.0 peratus penguasaan 3M bagi murid Tahun 1
ii)          penurunan daripada 7.7 peratus kepada kurang dari 5.0 peratus kadar murid yang memerlukan pemulihan
iii)          penurunan kepada kadar 80.0 peratus bagi keperluan Skim Baucar Tuisyen
iv)         jurang pecapaian pelajar berkurangan daripada 1-14 peratus mengikut matapelajaran kepada kurang 20.0 peratus
v)          peningkatan pelajar sekolah menengah luar bandar yang dapat mengambil MPV meningkat dari 5.0 peratus kepada 8.0 peratus
vi)          kadar keciciran luar bandar berkurangan daripada 1.2 peratus kepada kurang 1.0 peratus pada peringkat sekolah rendah dan daripada 16 peratus kepada kurang dari 10 peratus pada peringkat sekolah menengah
vii)         taraf kesihatan murid luar bandar bertambah baik dan ketidakhadiran murid berkurangan
viii)        guru berkualiti dan berpengalaman lebih sedia berkhidmat dikawasan pendalaman



No comments:

Post a Comment