https://youtu.be/ZxZFsaTMN04

Sunday, 27 September 2015

Latihan

LATIHAN EDU 3106

1. Budaya adalah cara hidup manusia sesuatu kelompok. 
(a) Huraikan ciri-ciri penting budaya sesuatu kelompok. 
-Boleh dipelajari
-Boleh dikongsi
-Bersifat sejagat
-Boleh diwarisi
-Sentiasa berubah
-Mempunyai unsur simbolik
-Mempunyai pandangan semesta

Kelompok ditakrifkan sebagai dua atau lebih individu yang berinteraksi dan saling bergantung serta saling bergabung untuk mencapai sesuatu matlamat.
(b) Jelaskan sebab-sebab mengapa manusia saling bergantung dan saling bergabung dalam kelompok.
-Keamanan Merasa lebih kuat dan kurang tidak aman apabila menjadi sebahagian daripada kelompok
-Status Dipandang lebih penting oleh yang lain apabila termasuk dalam kelompok
-Harga diriKelompok dapat memberikan individu berperasaan dirinya berharga
- AfiliasiKelompok dapat memenuhi keperluan sosial seperti interaksi di tempat bekerja
-KekuatanSesuatu yang sukar/ tidak dapat dicapai oleh individu boleh mudah dicapai melalui tindakan kelompok
-Pencapaian tujuanBersama-sama mencapai keperluan/ kepentingan bersama


2.Budaya merupakan bahan rujukan identifikasi kekitaan dlm kepelbagaian kumpulan manusia.
(a) Huraikan pola-pola budaya tentang kenyataan tersebut.
- Wajib. Tiada pilihan lain melainkan patuh pada nilai yang sedia ada
- Terhad. Cara melakukan hanya dibenarkan kepada orang-orang tertentu shj
- Tipikal. Ada beberapa cara melakukan tapi tidak digemari namun ada satu cara yang kerap dilakukan
- Alternatif. Beberapa cara dilakukan tanpa ada sesuatu yang digemari
- Preferred. Ada beberapa pilihan melakukan budaya, namun ada satu cara yang lebih digemari
Kumpulan wujud di dalam masyarakat merupakan kesan saling kebergantungan di antara satu sama lain
(b) Huraikan sebab-sebab individu saling bergantung dan bergabung di dalam kumpulan.
- Status. Dipandang tinggi oleh orang lain dan pengikhtirafan diri dalam kumpulan
- Kekuatan. Individu mempunyai kekuatan terhad, tetapi akan menjadi lebih kuat apabila melakukan dengan ahli-ahli kumpulan yang lain
- Keamanan. Dapat mengurangkan ketidakamanan dalam diri, berasa lebih kuat dan yakin berhadapan halangan
- Harga diri. Memupuk nilai harga diri individu dan rasa kepunyaan dalam kumpulan
- Pencapaian tujuan. Kerjasama di antara ahli-ahli dalam kumpulan untuk mencapai matlamat bersama
- Afiliasi. Memenuhi keperluan sosial melalui interaksi terus menerus di antara ahli -ahli kumpulan
3.Pengurusan kelas yang mesra budaya akan mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih kondusif. Suasana tersebut akan menggalakkan hubungan dalam kalangan murid-murid.
(a) Bincangkan cara-cara guru dapat menguruskan persekitaran fizikal kelas dalam usaha menggalakkan suasana mesra budaya.
- Suasana kelas yang dinamik. Contoh guru memiliki gaya kepimpinan, kemahiran merancang aktiviti berkelompok yang menggalakkan penglibatan murid-murid pelbagai etnik
- Guru bijaksana menggunakan kemahiran berkomunikasi dan interpersonal dalam usaha menggalakkan pergaulan murid-murid pelbagai kelas sosial dan kaum
- Guru menyediakan peraturan-peraturan kelas berpandukan pekeliling dan peraturan sekolah. Contoh murid-murid belajar bertolakansur, saling menghormati, saling mempercayai, bekerjasama, rasa bertanggungjawab di antara mereka daripada pelbagai keturunan atau budaya
- Guru berperanan sebagai pencetus idea, pembimbing, mentor, fasilitator untuk membina modal insan terhadap murid-murid yang pelbagai budaya
- Penggunaan ICT/ TMK untuk menghasilkan mesra pembudayaan kelas yang kondusif. Contoh memupuk semangat kekitaan, semangat berdikari dan bekerjasama di antara murid-murid pelbagai kaum
(b) Perjelaskan strategi-strategi pengajaran guru yang relevan budaya untukmenggalakkan murid-murid berinteraksi antara pelbagai kaum.
- Kaedah kontekstual. Murid akan belajar mengaitkan bahan P&P kepadasituasi/ budaya kehidupan mereka yang pelbagai
- Kaedah direktif. Guru memberikan penerangan secara langsung kepada murid-murid tentang kepelbagaian budaya mengambilkira kelompok mereka
- Kaedah Koperatif. Murid-murid belajar secara berkumpulan, berbincangsecara harmonis, berinteraksi secara mesra dengan murid-murid yangpelbagai latar budaya
- Kaedah generatif. Menggalakkan murid-murid menjana idea-idea kritis dan kreatif yang sesuai dengan budaya yang diketengahkan
- Kaedah mediatif. Menggunakan pengetahuan untuk menyelesaikanmasalah, membuat keputusan, mengenalpasti andaian dan membuathipotesis tentang budaya yang masih relevan untuk dipraktikkan dalampelbagai keturunan
- Kaedah kajian masa depan. Murid-murid mengambil bahagian dalampenciptaan masa depan. Contoh guru membantu murid-murid berfikiran jauh,mempunyai kuasa memilih untuk masa depan yang perlu dihadapi.Murid-murid yang pelbagai latar budaya merancang kehidupan mereka. 
4.Nilai dan kepercayaan adalah saling berkait dan mereka memberi halatujukepada manusia tentang kehidupan.
(a) Terangkan sebab-sebab adat resam itu penting dalam kehidupan sesuatu masyarakat tidak kira apa keturunan sekalipun.
- diamalkan dalam kehidupan seharian- diamalkan sejak turun temurun dalam sesebuah masyarakat
- dijadikan hukum dan peraturan yang harus dipatuhi
- amalan adat resam masih relevan dan dapat diterima oleh masyarakatumum
- menggambarkan corak budaya sesebuah masyarakat

(b) Huraikan perbezaan nilai-nilai berikut:
Nilai Etnosentrisme
- menilai budaya masyarakat lain berasaskan nilai, kepercayaan dan norma masyarakat sendiriii.
 Nilai Xenosentrisme
- menganggap budaya masyarakat lain lebih baik daripada budaya masyarakat sendiri

5. Apabila guru bercakap dalam bahasa tertentu bermakna beliau menggunakan komunikasi jenis lisan, iaitu menggunakan bahasa sebagai symbol komunikasi. Sekiranya beliau tidak berbahasa tetapi menggunakan tangan, ekspresi muka, bahasa badan dan lain-lain, maka guru tersebut telah menggunakan komunikasi bukan lisan (Robiah, 1998).
(a) Berdasarkan kenyataan di atas, huraikan prinsip-prinsip yang perlu difahami oleh guru semasa berkomunikasi secara bukan lisan dengan murid-muridnya.
- kualiti perhubungan di antara guru dan MMnya adalah dibentuk dan dikekalkan
- sekiranya komunikasi lisan bercanggah dengan komunikasi bukan lisan, mesej bukan lisan adalah lebih dipercayai daripada lisan
- isyarat bukan lisan hanya bermakna sekiranya ada murid yang boleh mentafsirnya
- penafsiran guru teehadap pelakuan murid-muridnya harus mengambil kira konteks dan hubungan di antara guru dan murid-muridnya
- tingkahlaku guru mesti selaras dengan pelbagai budaya etnik murid
- kepekaan terhadap komunikasi bukan lisan berbeza dari seorang murid ke seseorang murid yang lain yang berlatarkan pelbagai budaya
(b) Terangkan sejauh mana kemahiran komunikasi guru dapat membantu murid-murid memahami kepelbagaian kumpulan sosio-budaya di dalam kelas.
- menyampaikan maklumat dengan baik- mengawal disiplin murid-murid
- objektif P&P dapat dicapai dengan mudah- proses P&P berjalan dengan lancar
 - mewujudkan suasana pembelajaran yang mesra budaya





6. (a)Terangkan cara-cara kominaksi lisan yang boleh digunakan oleh guru semasa mengajar di dalam kelas.
-Renungan mata
-Bahasa badan (geleng/ angguk kepala)
-Pergerakan tangan
-Ukiran senyuman di bibir
-Ekspresi muka berdasarkan perubahan dir muka
-Pergerakan kecil tubuh badan
-Memberi gerak badan positif semasa berinteraksi
(b) Implikasi-implikasi terhadap murid sekiranya guru gagal menjalankan komunikasi dengan berkesan dalam kelas.
Gagal mewujudkan suasana mesra budaya di mana:
- murid tidak dapat menerima mesej dengan tepat dan jelas
- objektif P&P tidak tercapai- murid tidak dapat mendengar dengan tepat dan jelas
- kawalan kelas kurang berkesan- murid hilang motivasi untuk belajar
- murid tidak seronok dalam pembelajaran

- wujud masalah disiplin dalam kelas

No comments:

Post a Comment