https://youtu.be/ZxZFsaTMN04

Sunday, 27 September 2015

Kesimpulan

Kesimpulan

Sebagai peggulung hujah, sosio budaya dimaksudkan  amalan yang sepatutnya perlu ada dalam setiap lapisan masyarakat. Hal ini kerana, pembangunan negara hari ini juga berlaku akibat daripada perubahan sosio budaya penduduk. Sosial budaya adalah amalan yang berupa gaya hidup dan peradaban bagi sesuatu masyarakat yang lahir dari pegangan dan kecenderungan diri masyarakat berkenaan untuk pembangunan sosial kehidupan masyarakat berkenaan. Di Malaysia, kepelbagaian penduduk telah mewujudkan pelbagai budaya yang menjadi pegangan dan amalan hidup mereka.
Kebudayaan kebangsaan di Malaysia adalah berasaskan kebudayaan orang-orang melayu, orang cina, orang india dan kaum yang lain. Walaubagaimanapun, terdapat masalah dalam sosio budaya penduduk terutama mengenai adat resam penduduk yang menjadi amalan mereka. Bagi kaum melayu, adat resam sangat penting untuk diamalkan kerana ianya merupakan salah satu warisan keluarga. Tetapi, penduduk pada hari ini telah melanggar pantang larang tersebut kerana mereka lebih suka mengikut cara moden dan barat
Oleh yang demikian, sosio budaya patut menjadi amalan yang sepatutnya perlu ada dalam setiap lapisan masyarakat. Hal ini kerana, pembangunan negara hari ini juga berlaku akibat daripada perubahan sosio budaya penduduk. Oleh itu, sebagai masyarakat yang prihatin, kita hendaklah memadang tinggi kepada peradaban sosio budaya melayu.
Kesimpulannya, Adalah tanggungjawab setiap rakyat untuk mengenali dan mempelajari mengenai kepelbagaian budaya dalam Negara kita. Dalam hal ini apa yang penting ialah , setiap rakyat perlu memahami serta menerima kepelbagaian budaya ini secara hati terbuka. Kesudian setiap rakyat akan sentiasa mengamankan negara kita. Selain itu, sistem pendidikan merupakan titik permulaan kepada pemahaman kepelbagaian budaya. 


No comments:

Post a Comment